Tahukah kita perkara yang dituntut kita lakukan terhadap anak yang baru dilahirkan?

Mari kita lihat Sabda Rasulullah SAW dibawah….

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Riwayat Tirmizi)

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]

Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]

1

Berdasarkan hadis di atas, antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak anda dilahirkan:

  1. Azan ditelinga sebelah (kanan) perlahan-lahan dan iqamah di telinga (kiri).
  2. Urinya ditanam di tempat yang sesuai. Tanam sahaja tiada apa-apa tambahan - jangan lakukan perbuatan yang karut)
  3. Pada hari ketujuh sunat dilakukan;
  • Cukur rambut (cukur sampai bersih bukan buat syarat sahaja). Rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.
  • Beri nama yang baik
  • Tahniq iaitu memberi rasa sedikit manisan buah kurma yang digaulkan dengan air zam-zam) Tahniq yang dilakukan diharapkan bayi ini akan mewarisi akhlak orang yang melakukan tahniq.
  • Membuat aqiqah (diberi tempoh sehingga sebelum baligh. Jika kanak-kanak itu telah baligh tetapi aqiqah tidak pernah dilakukan akhirnya menjadi tanggungjawab dirinya sendiri.)

 

aqiqah002

Makna

Bahasa Arab

Rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawa bersama kelahirannya

Istilah @
Hukum syarak

Penyembelihan haiwan yang tertentu untuk manfaat anak, disamping bercukur rambut dan memberi nama anak tersebut

aqiqah004

Hukum

Mengikut pendapat Imam Syafie ibadat aqiqah ini adalah Sunat Muakkad.....

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menthabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

 

aqiqah baby

“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.” [Syeikh Dahlawi Rahimullah]"

 

aqiqah baby2

Rasulullah SAW telah memerintahkan
kepada kami untuk mengaqiqahkan
anak lelaki dengan 2 ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing." (Riwayat Ibnu Abi Syaiban).

Flowchart: Connector: Pilih dan sampaikanlah hajat anda bersama kami.   Kami akan melaksanakan dengan cara yang terbaik untuk anda.

“Tempahlah Saya Disini Sekarang…

Tunggu jap.... !!

 

Dapatkan maklumat tentang AQIQAH KORBAN secara PERCUMA dengan
cara memasukkan nama & alamat email anda di bawah, serta,
dapatkan secara PERCUMA siri email dari penulis buku terhebat berjudul
Test Your Child - How to Discover and Enhance Your Child's True Potential:

"15 Kemahiran Yang Menggalakkan Pembelajaran Anak Anda!"

Dapatkannya PERCUMA Sekarang!

saya ingin tahu lebih lanjut mengenai AQIQAH KORBAN dan juga email pada saya "15 Kemahiran Yang Menggalakkan Pembelajaran Anak Anda!"

Isikan nama dan email anda dibawah…

 
Nama
Email

Nama & emel anda terpelihara bersama kami. Kami bencikan SPAM seperti anda juga!

  TERHAD 379 99 orang saja!

 

 

Atau anda boleh Tempah Kawan Baik Saya ni... untuk hari istimewa Aidil-Adha

aqiqah korban

Baca lagi Tentang Dia Dibawah...

Tahukah anda bahawa kedudukan Aidiladha itu lebih besar

dan lebih tinggi daripada Aidilfitri???

Menyertai ibadat korban menjanjikan pahala yang begitu besar

di sisi Allah SWT.

korban 002

"Makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."

[Surah Al-Hajj ayat 28]

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesiapa yang menjual kulit korbannya, maka tiada dikira baginya korban."

"Dan Kami jadikan unta yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu. Pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu, oleh itu sebutlah nama Allah semasa menyembelihnya ketika ia berdiri dan terikat, maka apabila ia tumbang serta putus nyawanya, makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah bahagian yang lain kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu menguasainya dan menyembelihnya supaya kamu bersyukur."  

[Surah Al-Hajj ayat 36]

 

Hukum berkorban adalah sunat muakkadah

iaitu sunat yang sangat dituntut.

Dari surah Al.Kauthar ayat ( 2 ) yang bermaksud; " Sebab itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (qurbanmu)".

korban saya

Dari Abu Zubair dari Jabir bin Abdullah.r.a katanya:"Kami pernah menyembelih qurban bersama Rasulullah.SAW pada tahun Perjanjian Hudaibiyah, untuk qurban seekor unta atau qurban seekor sapi, kami bersekutu tujuh orang".

korban dia

Dari Ali .r.a. katanya; Aku disuruh Rasulullah.s.a.w. mengurus penyembelihan haiwan qurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubung dengan kesempurnaan qurban . Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang sembelih dari haiwan qurban itu. Kata Ali, untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri.

 

Jangan Tunggu Lagi, Bertindaklah Sekarang! Tempahlah Kawan Saya Yang Terhangat Ini...

tempah korban

Klik je saya...

Tunggu jap.... !!

 

Dapatkan maklumat tentang AQIQAH KORBAN secara PERCUMA dengan
cara memasukkan nama & alamat email anda di bawah, serta,
dapatkan secara PERCUMA siri email dari penulis buku terhebat berjudul
Test Your Child - How to Discover and Enhance Your Child's True Potential:

"15 Kemahiran Yang Menggalakkan Pembelajaran Anak Anda!"

Dapatkannya PERCUMA Sekarang!

saya ingin tahu lebih lanjut mengenai AQIQAH KORBAN dan juga email pada saya "15 Kemahiran Yang Menggalakkan Pembelajaran Anak Anda!"

Isikan nama dan email anda dibawah…

 
Nama
Email

Nama & emel anda terpelihara bersama kami. Kami bencikan SPAM seperti anda juga!

  TERHAD 379 99 orang saja!

 

 

P.S: Saya berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa saja. Cepat langgan sekarang sebelum tawaran percuma ini ditarik balik.

P.S: Sekiranya emel tidak diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spambox @ junkbox.

P.S: Sekiranya emel masuk ke dalam spambox, sila klik Not Spam

 

Ikhlas,
Quantum Bidadari (MA0146055-D)
http://www.facebook.com/AqiqahKorban

 

Tinggalkan Jejak Anda Disini....